Hantu Kak Limah (awalnya dikenali sebagai
Hantu Kak Limah 3) merupakan sebuah filem komedi seram Malaysia 2018 yang diarahkan oleh
Mamat Khalid.
[2] Ia merupakan kesinambungan daripada
Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) dan
Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit (2013) serta yang ketiga dalam
trilogi Hantu Kak Limah.
[3] Ia berkisarkan Kak Limah yang baru sahaja berumah tangga, telah ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan di dalam kebun.
[4]Penggambaran dijalankan pada Oktober 2017 di
Taiping,
Perak dan berakhir pada November 2017. Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 9 Ogos 2018 dan menjadi filem Hantu Kak Limah pertama yang diterbitkan tanpa
Man Kadir,
Zami Ismail dan Azwan Annuar yang telah kembali ke Rahmatullah.
[5] Ia juga merupakan filem terakhir lakonan
Rab Khalid sebelum kematiannya pada Januari 2018.
[6] Hantu Kak Limah menerima ulasan positif dan bercampur-campur daripada pengkritik dan telah meraih kutipan tertinggi sebanyak RM37 juta dalam masa 18 hari di seluruh negara,
[7] lantas menjadikannya
filem dengan kutipan terbanyak di Malaysia.
[8][9][10]Pada Disember 2018,
Harian Metro menyenaraikan Hantu Kak Limah sebagai salah satu dari 10 filem tempatan dengan pecah panggung tertinggi bagi tahun 2018.
[11] Teater muzikal filem ini telah dipentaskan di Movie Park Animation Studios (MAPS) dari 24 hingga 31 Disember 2018.
[12]